Raya Moments of Closeness with Samsung


Sebenarnya bila makin berusia, 'the meaning of raya' akan bertukar.  Percaya tak?

Kalau zaman kanak-kanak ribena dulu, perkara yang paling diambil kira bila nak sambut raya :

---> Berapa banyak dapat kumpul duit raya tahun ni. ni mmg top of the list! -_-
---> Baju raya, kasut raya, handbag raya siapa yang paling cantik.
---> Nak balik kampung sehari sebelum raya sebab nak main bunga api dan mercun. Pastu nak tidur ramai2 dgn cousins, pastu memekak, pastu tidur sejam je, pastu nak makan byk pagi raya!

Hahaha. Korang pun jangan cakap korang x pernah buat mcm tu. Masa kecik2 semua ni la yang kita rasa penting sgt. Tapi, bila dah makin berusia, rasanya baru faham apa erti RAYA.


If you ask me now, benda apa yang paling seronok bila Raya is :


Berkumpul dengan seluruh family. Dari seluruh pelusuk Malaysia ni, segala pakcik, makcik, cousins semua balik kampung dan beraya di rumah Opah.



Semua berkumpul dekat kampung sebab Opah sekarang tinggal sorang semenjak Atok dah meninggal dunia. (Al-Fatihah) :(  Semua ajak Opah tinggal di KL, tapi tau2 je lah orang tua, Opah tak sampai hati nak tinggalkan rumah. Nasiblah sekarang Opah tinggal dengan makcik yang tinggal dekat2 situ jugak. Bila time raya, mestilah nak happykan Opah dengan berkumpul ramai2 dekat rumah dia. Lagi terasa sedih bila teringat dekat arwah Atok.


Pernah ada satu hari tu, my cousin Wawa balik rumah Opah, pintu rumah berkunci so dia pusing la satu rumah nk tgk kot2 Opah tengah tidur dkt kat belakang. Memang betul Opah tengah tidur, tapi ape yang sedih sangat, my cousin nampak Opah tengah tidur sambil peluk gambar arwah Atok. Mesti Opah rindu sangat dengan Arwah Atok.Ya Allah, sedih sangat rasanya. :'( Siapa-siapa yang pernah kehilangan orang yang tersayang mesti tau perasaannya macamana. Jadi kami sebagai ahli keluarga, mestilah mainkan peranan untuk jaga Opah yang tersayang.


Memori yang paling manis dan best untuk raya ialah raya pada tahun 2011. The whole family discussed and buat suggestion untuk buat hari keluarga pada raya ketiga disamping nak raikan Opah. . Hari Keluarga tu basically buat utk kenduri tahlil, doa selamat dan juga untuk beramah mesra antara satu sama lain. Mmg la semua satu family, tapi kan, sebenarnya, ada jugak yg xtau nama sbb ramai sgtttttt sampai x ingat, muka mmg familiar tapi biasala bila dah ramai sangat tu sampai confuse! :D Dari catering, money fund, door gifts, present untuk opah, semua discuss through email and through Facebook group. Senang sebab semua pun dah ada Facebook kan sekarang!




Ni la dia Opah kesayangan yang comel, Opah Piah. :)


Waiting for the event to start. Earlier ada bacaan doa selamat untuk semua arwah. Kenduri ni buat di rumah Mak We (rumah my aunty yang paling dekat dgn rumah Opah)


Opah bagi welcome speech. Ewah2. Siap bagi pantun. Phewitttt!




Slide show gambar-gambar lama.


Lepas tu each family kene pegi depan and introduce diri masing2. Yela sebab ramai yang dah kahwin dan beranak pinak dah, nama yang budak-budak kecik tu pun xtau. :P


Family Mak Ndak


Family Kak Di


My Family


haha ok my session. lol


Family Yeop



Next itinerary ialah bagi duit raya kepada yang layak! haha :P


Yeay sape2 yang belum kahwin dapat duit raya. hehe :P




That's my Opah and Mama

A little token of love for Opah sbb Opah mmg suka emas! :)



Cousins!

Doorgifts yg me and my cousins buat. Pegi survey barang kat CM, beli paper bag. eh macam2 la.


Enn, Bna & Wawa

Yeah, kami AJK Cenderahati. Haha rasa mcm zaman belajar pulak.


Opah dengan anak-anak dan menantu.
 Opah ada 6 orang anak, tapi Mak Teh dah meninggal dunia. Al-Fatihah.



Yang ni barisan cucu - cucu

Ni pulak barisan cicit-cicit


Lepas cicit ape? Piut? haha tu pun ade sebenarnya tapi mostly semua babies and toddlers lagi. :D


Gambar banyak kan! Biasa la bila dah ada gathering ramai- ramai ni yang penting mesti kita nk capture the moments kan? Eventho masa ni semua ade camera masing-masing untuk capture gambar cantik2, still susah juga kalau semua time tu takde laptop/thumbdrive mnak transfer gambar. Lagi2 kalau guna camera yang canggih2, lagi la susah nak simpan sebab file tu tinggi sangat!


Kalau lah dapat Samsung Galaxy Camera untuk capture great photos with family and friends during raya nanti, senanglah bole upload terus dekat Facebook sebab skrg ni semua pun dah ada dalam friends list. Tak payah nak susah-susah nak transfer2 gambar. Semua pun ada easy access nak tangok and save gambar tu untuk personal collection, kan senang? :) Yang lagi best Samsung Galaxy Camera ni ada professional shooting modes, editing features and macam-macam applications. Gambar pun semua cantik!













Sempena Hari Raya yang bakal tiba, Samsung Malaysia is organizing a campaign, 'Portraits of Raya'  where all the participants can submit hari raya portraits to stand a chance to win a Family Movie Treat!



                                                           Adam, Husna, Omera & Madiha

Suka gamba ni. Ni semua 2010 babies, and they are all cousins! Comel sgt! Susah betul nak suruh posing, Perangai masing-masing. hahah literally it took us about 10 minit nak suruh budak-budak ni semua duduk diam. hahaha!


Apa yang korang perlu buat is to click HERE untuk cara-cara macamana nak join contest ni and bole jugak tengok gambar2 peserta lain. :)

Haaaa kalau time raya mesti tunggu kat tv iklan raya mana yang best untuk tahun ni kan? hehe I always do that, nak tangok iklan mana yang bole kasi touching and syahdu. :P Nah korang tgk iklan Samsung kat bawah ni!






Ok korang, sekarang ni nak mintak tolong sikit. hihi :D


Boleh tak tolong LIKE my blogpost (entry yang korang tengah baca ni) on my Facebook Page Sabby Prue? The post will be pinned at the top. :)

Please please please it means the world to me because I'm in a contest where every LIKES count! Thanks in advance dearies! :Nanti raya datang rumah k, I belanja makan cupcakes byk2. :D


Ok dearies, I hope my little story dapat buat korang teringat balik the importance of Raya, what it means to you. And the most important thing, family matter the most. Without them you won't be alive in this world, right? :)



Till then,

xoxo,
Sabby Prue


CONVERSATION

25 comments:

  1. big family gath.. meriah sungguh..
    salam ramadhan & selamat berpusa =)
    jmput follow blog sy http://belogzeera.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks so much dear. And selamat berpuasa to you too! :) nanti i singgah ur blog ok? :)

      Delete
  2. Replies
    1. Thanks sweetie pie, appreciate it very much! :)

      Delete
  3. comel nyer.. siap ade banner sweet sgt <3 All the best babe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi thanks babe, all the best to u too! :)

      Delete
  4. semoga berjaya kakak!! comel opah!! :)

    ReplyDelete
  5. hehe dah bayk like ni, best of luck ^^

    ReplyDelete
  6. saya masih confuse lah.. like ni kena like kat fanpage atau like entri ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Share link di fb page, and like dkt link tu. :D itu yg i faham la, xtaula kalau salah -_-

      Delete
  7. Like! Especially bab tidur reramai tu lama dah tak buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks cuzzy! kannnn semua dh besar2 mane nk buat. hohoho

      Delete
    2. Hehehe...semua sudah bizi.. :)

      Delete
  8. waaaahhh... macam tak sabar nak raya.. lagi bersama SAMSUNG. =)

    ReplyDelete
  9. Wowww seriously a BIG family huuuuuuuuuuuuuuuuuu sure ur raya will b awesome kn..sy buhsan arghhh!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah family besar and ramai perempuan, mmg havoc! Hahaha :D

      Delete

Instagram

Follow Us